Rasanya hampir semua ibu bapa pernah menghadapi masalah sembelit anak, susah nak buang air besar. Aduhh...kesiannya kat anak-anak kita sampai merah muka meneran. Kadang-kadang sembelit ni akan buat anak trauma nak buang air besar dan sanggup tahan sakit perut nak membuang air besar.
Sedih sangat kan. Anak saya yang num-3 ni pun ada masalah yang sama. Sembelitnya sejak dia 6 bulan sampai setahun 6 bln . Tapi sekarang Alhamdulillah dh ok, cuma trauma dia masa sembelit dulu masih ada.
Dah banyak ubat saya cuba...at last saya saya gi farmasi, jumpa la Bio-Life A.B. Junior Pre & Pro. Ubat ni dlm bentuk serbuk packing dalam sachet. Alhamdulillah, baru 1 sachet guna, berak dia dah ok.
Description
![]() |
Add caption |
BiO-LiFE A.B. Pre & Pro is a delicious powder mix which contains probiotics (Lactobacillus acidophilus LA-5 and Bifidobacterium lactis BB-12) and prebiotic, chicory inulin (Beneo™) for children. Inulin helps increase intestinal bifidobacteria and helps maintain a good intestinal environment.
Dosage
Consume 1 sachet daily, ½ hour before meal. May be added to juice or water. Do not exceed 5 sachets a day.
Pack sizes:
10 X 2.4gSimptom atau Tanda Sembelit
Sembelit jarang berlaku pada bayi yang masih kecil, terutamanya yang masih menyusu badan walaupun mungkin ia menjadi masalah kepada bayi yang lebih berusia apabila dia mula makan makanan pejal. Sembelit berlaku apabila najis di bahagian bawah usus ditekan oleh otot yang menjerut, yang akan melambatkan pengeluaran najis dan semakin lama ia di situ, ia akan menjadi lebih keras dan kering.
Bagi bayi yang berusia 0-3 bulan, sembelit jarang berlaku, walaupun bayi anda diberikan susu formula. Tetapi, jika bayi anda menangis dan kelihatan tidak selesa, periksalah dengan pakar pediatrik anda. Jika bayi anda mengeluarkan najis pejal kurang daripada sekali sehari, ini biasanya adalah sembelit.
Bagi bayi yang lebih berusia dan sudah mula mkaan makanan pejal, simptom-simptomnya termasuklah:
a) Meragam, sakit abdomen dan gastrik
b) Abdomen yang keras
c) Sakit abdomen yang mengurangkan pembuangan air besar
d) Najis bercampur darah, selalunya berpunca dari luka (fisur) rektum yang disebabkan oleh najis yang keras
c) Najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul
Penyebab Sembelit
a) Kurang minum air putih dalam sehari
b) Kurang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan serat
c) Pola pemakanan yang tidak sihat, tinggi lemak dan karbohidrat
d) Menempuh perjalanan yang jauh
e) Pembancuhan susu formula tidak mengikut sukatan yang betul
Bagaimana Untuk Mengatasi Sembelit Pada Anak
a) Berikan anak anda makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan serat (cth: betik, labu, keledek, buah naga, nenas, jambu, jambu batu, sayuran berdaun dll)
b) Pastikan anak anda diberikan air putih dengan kerap setiap hari
c) Jika dia makan makanan pejal, kurangkan makanan penyebab sembelit sperti nasi, pisang atau bijirian.
d) Cuba gerak-gerakkan kaki bayi anda seperti mengayuh. Ini akan membantu menggerakkan najis dalam ususnya
e) Banyakkan aktiviti fizikal anak berlari, bersenam, menari, melompat dan sebagainya
No comments:
Post a Comment